ISMA Kawasan Topik :: ISMAKawasan
Kategori :: Aktiviti

Kunjungan :: 314 hits
Tarikh :: Sabtu, 05 September, 2009 - 07:32 PM
Kiriman :: moderator

Forum Kemerdekaan ISMA bincang nasib bangsa


Shah Alam, 5 Sept. - ISMA Cawangan Shah Alam & Klang telah mengadakan Forum Kemerdekaan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) di mana sekitar 150 orang hadir untuk menyaksikan 3 orang panel jemputan iaitu Ustaz Abdullah Zaik (Presiden ISMA), En. Aminuddin Yahaya (Setiausaha Agung ISMA) & Ir. Ahmad Jais (Pengarah Radio IKIM.fm) menghuraikan tema Memartabatkan Kesetiaan Bangsa.

Ketiga-tiga orang panel memberi ulasan yang padat tentang permasalahan bangsa Melayu terkini dan jalan penyelesaiannya. Penonton juga turut mengambil kesempatan untuk bertanyakan pelbagai soalan, antaranya ialah soalan tentang peranan Radio sebagai media pembangun bangsa yang ditujukan kepada Ir Ahmad Jais.

Turut hadir ke majlis ini ialah Dr Kamil Azmi Tohiran, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket


Semasa Forum sedang berlangsung, anak-anak yang hadir turut disibukkan dengan pertandingan mewarna anjuran Kelab Kanak-kanak ISMA (NAZIM) yang diadakan di tingkat 1.

Acara yang berakhir menjelang waktu Zuhur ini telah ditamatkan dengan persembahan nasyid yang terdiri dari pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

ISMA-SAK mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MSSAAS yang telah memberi kerjasama penuh dalam menjayakan program ini.
Mail tulisan ini kepada rakan Paparan Untuk Print

Only logged in users are allowed to comment. register/log in

 
.