
Topik ::
PenaSetiaUsaha
Kategori ::
TAR Masyarakat
Kunjungan ::
393 hits
Tarikh ::
Isnin, 17 Mac, 2008 - 08:07 PM
Kiriman ::
amin
Bolehkan Orang Melayu 'Survive'?
Kemenangan parti pembangkang di dalam pilihanraya ke 12 baru-baru ini memang merupakan satu lonjakan politik yang tidak pernah kita saksikan di negara ini selama 50 tahun yang lepas. Semua penganalisa politik mengangkat bendera putih mengakui bagaimana ramalan mereka jauh tersasar. Parti pemerintah sehingga ke hari ini masih tergamam dengan keputusan rakyat yang di luar dugaan. Kita tidak pasti adakah kemenagan pembangkang ini di sebabkan kesedaran rakyat atau banyak di bantu oleh undi protes kerana ramai calon-calon pemerintah merupakan muka-muka baru.
Season politician merasa terpinggir walaupun mereka telah berkorban banyak untuk parti.
Walau apapun asbabnya yang pasti angin perubahan sudah mula berlaku. Antara isu utama yang di kemukakan oleh pihak pembangkang bagi memenangi hati sesuatu kaum ialah dengan re-visit balik perlaksanaan DEB. Mereka mendakwa perlaksanaan DEB telah di salah gunakan hingga melahirkan kronism, rasuah dan ketidak cekapan. Sebaliknya mereka menekankan keadilan, kesamarataan antara kaum dan memberi berdasarkan merit. Projek tidak lagi di beri berdasarkan direct-negotiation tetapi tender terbuka. Saya sendiri pernah mendengar pengakuan seorang pemimpin besar pembangkang yang menyatakan DEB tidak lagi relevan.
Sekali pandang ianya memang menarik untuk di lihat sejauh mana perlaksanaan ini akan berlaku. Islam sangat menekankan isu keadilan di kalangan manusia tetapi mampukah umat islam, yang rata-ratanya orang Melayu, menerima hakikat ini.
1. Umum di kalangan usahawan mengetahui bahawa jika tender terbuka di buat, pasti orang Melayu tidak akan mampu bertanding dengan bangsa lain dalam menentukan harga, yang mana harga mereka jauh lebih rendah dari orang Melayu.
2. Jumlah kemasukkan ke IPT, pemberian biasiswa dan lain-lain keistimewaan orang Melayu mungkin akan berlaku perubahan kerana kita tahu pencapaian bangsa lain jauh lebih tinggi dari orang Melayu.
3. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan negeri sudah menampakkan pembahgian antara kaum. Bolehkah mereka menjamin perlindungan hak orang Melayu ?
Ketakutan ini jelas terbayang di kalangan rakyat Pulau Pinang apabila mereka mula membuat demonstrasi jalanan berhampiran menara Komtar. Walaupun beberapa kali Ketua Menteri menjelaskan pendirian beliau tetapi keresahan tetap ujud.
Adalah terlalu awal untuk kita menilai pendekatan pembangkang ini samaada berkesan ataupun tidak. Sejauh mana orang Melayu akan survive di dalam senario politik ini bergantung kepada sejauhmana mereka sanggup melakukan perubahan di dalam sikap mereka. Sikap spoon-feed harus di ubah kepada sikap berdikari. Pemikiran subsidi perlu di tukar kepada pemikiran memberi. Pengharapan kepada jawatan di dalam kerajaan harus di tukar kepada sikap mencari pendapatan sendiri.
Mungkinkah ini satu permulaan perubahan untuk bangsa Melayu yang memang dahulunya terkenal dengan sikap kepahlawanan mereka. Kita tunggu dan lihat.
.