
Topik ::
PenaSetiaUsaha
Kategori ::
Wanita & Keluarga
Kunjungan ::
511 hits
Tarikh ::
Isnin, 17 Mac, 2008 - 08:32 PM
Kiriman ::
amin
Persoalan untuk Seorang Ayah
Senario politik di Malaysia semenjak dahulu hingga kini telah menyaksikan bagaimana konsep pewarisan kerja politik telah berlaku dengan begitu ketara. Hampir semua kita mengetahui dan juga telah di paparkan bagaimana ahli politik yang ada hari ini adalah merupakan anak kepada seorang bekas ahli politik atau masih seorang ahli politik. Tidak sukar untuk kita mengenali mereka ini dan cukuplah sekadar beberapa nama yang saya kemukakan di bawah ini :-
Tun Razak melahirkan Najib
Tun Hussein melahirkan Hishamudin
Tun Mahathir melahirkan Mukhriz
Anwar melahirkan Nur Izzah
Lim Kit Siang melahirkan Lim Guan Eng
Lee Liong Sik Melahirkan Lee Hsien Leong
Dan lain-lain yang tak terkira ramainya
Bila di tanya dan di kaji, kebanyakkan mereka terpanggil untuk melibatkan diri dalam politik atas beberapa perkara :-
1. Mereka melihat dan mengikuti sendiri gerak kerja ayah mereka di dalam kerja-kerja politik termasuklah berkempen, berjumpa ahli, berbincang, merasai kesedihan dan kepenatan ayah secara bersama, jatuh dan bangun ayah mereka dalam kancah politik, kemarahan dan kedengkian musuh dan berbagai lagi. Pendek kata semenjak kecil lagi mereka telah terdedah dengan suasana politik ini sehingga tertanam di dalam jiwa mereka keinginan untuk bersama menceburinya.
2. Mereka mengakui bahawa ayah mereka adalah sumber aspirasi di dalam membuat keputusan samaada untuk menceburi politik atau tidak. Si ayah mendidik dan menujuk ajar bagaimana untuk memahami liku-liku politik dan bagaimana harus menangani kemelut manusia. Perbincangan sentiasa berlaku malah si anak akan sentiasa merujuk si ayah untuk mendapat petunjuk dan tak kurang juga motivasi.
Hasil dari didikan ini terbukti berjaya dan kini kita dapat melihat bagaimana si anak sudah menerajui masyarakat dan memimpin negara.
Persoalan saya, jika kita benar-benar seorang pendakwah, mampukah kita untuk melahirkan pendakwah-pendakwah di kalangan anak-anak kita ?
Persoalan ini saya utarakan kerana acap kali juga saya dengar dan lihat bagaimana si anak tidak dapat mengambil baton dari ayahnya bagi meneruskan kerja-kerja dakwah.
Persoalannya, kenapa ini terjadi ? Bagaimana kita mendidik anak-anak kita ? Pernahkah kita dedahkan anak-anak dengan kerja-kerja dakwah atau kita sentiasa bersembunyi dari mereka.
Ramai ayah yang berbangga dengan pencapian akademik si anak tetapi sukar untuk dengar si ayah menangis kerana si anak menolak mesej dakwah. Si ayah akan merasa selamat bila si anak mendapat pekerjaan yang baik dengan pulangan gaji yang besar tetapi tidak takut dengan pengabaian tanggungjawab dalam mendidik si anak.
Isunya, jika mereka boleh melahirkan generasi ahli politk, kenapa tidak kita (boleh lahirkan genarasi pendakwah) ??? Saya, saudara sebagai seorang ayah harus merenung dengan serius persoalan ini.
.