Berita UtamaPendapat

Saya suka pendekatan dakwah Ustaz Ebit Lew kerana…

Rakaman aktiviti kebajikan beliau satu inisiatif ke arah kebaikan

1) MESEJNYA mudah

Allah S.W.T sayang kita. Nabi Muhammad s.a.w sayang kita. Sabar dan redha dapat pahala. Allah S.W.T akan bagi syurga

2) Bantu orang susah

Negara kita banyak institusi kebajikan rasmi dan NGO tapi tetap ada yang tertinggal. Beliau turun bawah jambatan, tepi kaki lima dan masuk ke tempat-tempat yang mungkin badan lain tak sampai

3) Jadi punca hidayah

Ramai juga yang masuk Islam selepas mengikuti dan disantuni beliau. Beliau berpengalaman luas dan banyak menggunakan perkongsian hidup sebenar yang mudah mempengaruhi orang lain yang ingin mendekati Islam

4) Pelbagai medium dakwah

Turun padang, tulis buku, anjur seminar, muncul di media massa, aktif di media sosial dan buat rancangan TV sendiri

5) Kebaikannya disebarkan sebagai qudwah

Ada pasukan media yang sentiasa merakam dan merekodkan aktiviti kebajikan beliau. Walaupun ada kritikan, bagi saya ia satu inisiatif baik supaya semua orang berlumba-lumba dan bekerjasama ke arah kebaikan

Moga Allah S.W.T merahmati Ustaz Ebit Lew

Ir. Hj. Muhammad Lukman Al Hakim Bin Muhammad
Kluster Tarbiah ISMA

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button