Berita Utama

Anak Melayu berusia 20 tahun terima biasiswa NASA

Terima biasiswa selepas sertai cabaran reka bentuk sut angka lepas

KUALA LUMPUR, 8 Ramadan 1441H, Jumaat – Luar biasa.

Kebijaksanaan seorang anak muda berusia 20 tahun dari Malaysia berjaya membuatkannya terpilih untuk menerima biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA).

Astro Awani melaporkan, Azhar Ali, melayakkan diri dalam kalangan satu peratus skor terbaik dalam cabaran mereka cipta sut angkasa lepas untuk ke Marikh.

Menerusi ciapan di laman Twitternya, Azhar mengakui terkejut selepas dimaklumkan menerima biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah oleh NASA.

Menurutnya, dia tidak menyangka akan menerima tawaran biasiswa itu selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angka lepas bagi misi Artemis pada 2024.

Dalam NASA Artemis Engagement 2020, lebih tiga juta orang peserta perlu mereka cipta sut angkasa untuk program Artemis, iaitu program di mana NASA akan menghantar angkasawan lelaki dan perempuan ke bulan pada 2024 kelak.

Rekaan Azhar memperoleh markah setinggi 96.77 peratus dengan kriteria yang merangkumi aspek kos, ujian lapangan serta logik dan konsisten.

Selain itu, turut ditawarkan untuk menjadi sebahagian dari Young Artemis Scientist.

Azhar turut mengajak setiap rakyat Malaysia yang berminat untuk turut menyertai program dan cabaran Citizen Scientists kendalian NASA.

Perkongsian Azhar mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan kejayaan itu sebagai satu kebanggaan negara dan mendoakan Azhar terus berjaya.

Antara lain, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaludin yang turut mempelawa Azhar untuk menyertai MOSTI serta para saintis muda untuk mendapatkan biasiswa berprestij kementerian itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close