Berita Utama

COVID-19: Buka ekonomi, patuhi SOP

Amalan jarak sosial satu meter, kerap mencuci tangan

KUALA LUMPUR, 8 Ramadan 1441H, Jumaat – Kementerian Kesihatan menegaskan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa perlu dipatuhi bagi sektor ekonomi yang akan dibuka semula Isnin ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini termasuklah amalan jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter dan kerap mencuci tangan atau menggunakan cecair sanitasi.

“Selain itu, penggunaan topeng muka dan hidung, saringan kesihatan di pintu masuk premis, keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

“Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan, bilangan penumpang dalam kenderaan awam perlu mengambil kira penjarakan sosial dan menggalakkan transaksi secara atas talian,” katanya pada sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat mengenai jangkitan COVID-19 perlu segera dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan, jika ada.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menekankan bahawa perhimpunan ramai dan aktiviti yang mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 masih tidak dibenarkan,” katanya.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close