Berita Utama

COVID-19 kembali mengganas di Hokkaido selepas kes menurun

Padah henti perintah berkurung terlalu awal, kini penduduk menyesal

KUALA LUMPUR, 8 Ramadan 1441H, Jumaat – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin hari ini berkongsi pautan berita berkenaan malang yang menimpa Hokkaido selepas menarik semula perintah berkurung selama tiga minggu.

Pulau di utara Jepun itu menamatkan perintah berkurung pada 19 Mac lalu bagi membolehkan perniagaan dan sekolah beroperasi, kini mengisytiharkan darurat kecemasan.

Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase berkata, beliau menyesal kerana perintah berkurung ditamatkan terlalu awal di wilayah dengan 5.3 juta penduduk itu.

“Ini bermakna kita mungkin perlu menunggu hingga tahun depan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan kita boleh menamatkan perintah berkurung tanpa risau,” katanya.

Hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka semula.

Beliau berkata, dalam masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terus dilaksanakan di kawasan zon merah.

“Dalam melaksanakan PKPB ini, aktiviti dan perhimpunan ramai yang mendedahkan risiko jangkitan COVID-19 masih tidak dibenarkan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close