Berita Utama

PRU 15 bukan prioriti: Takiyuddin

Kerajaan ada tanggungjawab untuk pulih negara dari konteks ekonomi dan kesihatan

PUTRAJAYA, 14  Zulkaedah 1443H, Selasa – Kerajaan ketika ini adalah stabil, dan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU15) adalah bukan prioriti, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan negara dari konteks ekonomi dan kesihatan pasca pandemik COVID-19.

“Bagi saya, pilihan raya bukan prioriti, kita punyai kerajaan yang stabil, mendapat sokongan pula daripada parti termasuk pembangkang, ada memorandum persefahaman (MoU) dan sebagainya.

“Tiada sebab kenapa perlunya pilihan raya tergesa-gesa.

“Bukan isu takut kalah, lawan tetap lawan dan ia terpulang kepada rakyat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

PRU15 mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button