Berita Utama

COVID-19: Lagi 72 maut di India, 1,433 kes baharu

India umum sekatan pergerakan pada 25 Mac sebelum dilanjut ke 3 Mei

NEW DELHI, 8 Ramadan 1441H, Jumaat – Seramai 72 lagi maut di India akibat COVID-19 selain 1,433 kes positif baharu dilaporkan sejak Jumaat, menjadikan jumlah kematian seramai 1,147 orang dan jumlah kes 35,043, lapor agensi berita Xinhua.

“Sehingga 8 pagi (waktu tempatan), hari ini 1,147 kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di negara ini,” menurut Kementerian Kesihatan pada Jumaat.

Pada Khamis petang jumlah kes sebanyak 33,610 dan 1,075 orang maut manakala 8,889 pesakit discaj.

“Jumlah kes aktif setakat ini sebanyak 25,007,” menurut kementerian itu.

India mengumumkan sekatan pergerakan pada 25 Mac, yang dilanjutkan sehingga 3 Mei. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button