Berita Utama

COVID-19: Lebih sejuta pesakit sembuh

Korban akibat wabak pandemik di seluruh dunia melenihi 230,000 orang

ISTANBUL, 8 Ramadan 1441H, Jumaat – Jumlah pesakit COVID-19 pulih di seluruh dunia melepasi sejuta pada Khamis, sementara angka korban pula melebihi 230,000 orang, lapor agensi berita Anadolu.

Menurut data Johns Hopkins University, sejumlah 1,004,438 pesakit sembuh dengan jumlah tertinggi direkodkan di Sepanyol iaitu 137,984 kes.

Diikuti Amerika Syarikat (AS) seramai 124,449 sementara Jerman 123,500. Di Iran pula 75,103 pesakit sembuh.

Sementara itu, kira-kira 3,247,648 orang dijangkiti manakala 230,615 pesakit meninggal dunia setakat ini.

AS kekal negara paling teruk dilanda wabak COVID-19 dengan mencatatkan kadar kematian dan jumlah jangkitan tertinggi – lebih sejuta kes dan lebih 61,500 orang maut.

Disusuli Itali yang mencatat jumlah korban seramai 27,967 orang dan United Kingdom di kedudukan ketiga sebanyak 26,771.

COVID-19 telah melanda 187 negara dan wilayah sejak virus itu dikesan di China pada Disember lalu. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close