Berita Utama

COVID-19: Kabinet setuju darurat?

Sumber dakwa 'darurat' akan ditukar istilah lain supaya tak cetus panik

BANGI, 6 Rabiulawal 1442H, Jumaat – Kabinet hari ini didakwa sebulat suara memutuskan untuk mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menguatkuasakan perintah darurat di tengah-tengah ketidaktentuan politik serta pandemik COVID-19.

“Nampaknya keputusan sudah dicapai,” kata sumber The Malaysian Insight yang memaklumkan berkenaan mesyuarat khas Jemaah Menteri di Putrajaya, hari ini.

Difahamkan, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berlangsung lebih kurang tiga jam, berakhir kira-kira 12.40 tengah hari.

Mesyuarat berkenaan hanya berkisar mengenai perbincangan isu Belanjawan 2021 yang dijadual pada 4 petang, 6 November serta usaha bersepadu memerangi gelombang ketiga COVID-19.

Sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan berkata, perkataan ‘darurat’ itu harus diatur semula semula supaya tidak mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.

“Mereka hanya perlu atur semula perkataan ‘darurat’ supaya orang ramai tidak panik.

“Mereka tidak akan panggil ‘darurat’ tetapi akan guna istilah lain. Yang ada kaitan dengan COVID-19,” katanya.

Sementara itu, seorang sumber lain memberitahu bahawa Muhyiddin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 4 petang ini.

Bagaimanapun, perkara berkenaan masih tidak dapat disahkan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button