Berita UtamaDunia

Mesir perkenal dasar baharu wajibkan visa kepada rakyat Sudan

Lebih 200,000 rakyat Sudan kini berada di Kaherah

KHARTOUM, 22 Zulkaedah 1444H, Ahad – Mesir memperkenalkan dasar baharu yang memerlukan semua rakyat Sudan yang melarikan diri dari negaranya memiliki visa, selepas mengesan aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk penipuan visa.

Jurucakap Kementerian Luar, Ahmed Abu Zeid berkata, langkah itu adalah penarikan semula dasar sebelum ini yang membuat pengecualian visa kepada kanak-kanak, wanita dan lelaki warga emas.

Katanya, sejak April, lebih 200,00 rakyat Sudan melarikan diri ke Kaherah selepas krisis yang berlaku di negara itu.

Sejak pertempuran berlaku pada 15 April lalu, puluhan ribu rakyat melarikan diri ke negara-negara jiran dan kebanyakan mereka memilih Kaherah berikutan negara itu membenarkan wanita, kanak-kanak dan warga emas memasuki negaranya tanpa menggunakan visa.

Namun, selepas mendapati banyak pelanggaran undang-undang dilakukan rakyat Sudan, keadaan memaksa pihak berkuasa mengeluarkan dasar baharu.

Bulan lalu, sebelum perubahan dasar tersebut, seorang pelarian, Lugain Mahmoud bersama suami dan adik lelakinya antara ribuan yang terperangkap di luar Konsulat Mesir di Wadi Halfa, Sudan untuk mendapatkan visa.

Dia kini kehabisan wang ketika menunggu visa, namun tidak berhasrat meninggalkan suami dan adik lelaki walaupun sebahagian ahli keluarganya selamat berada di Kaherah, ketika ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button