Berita Utama

Pendatang China: Desakan petisyen MyKad baharu sangat tepat

Bilangan mereka di sini terlalu ramai seolah ada memayungi mereka

BANGI, 8 Ramadan 1441H, Jumaat – Kadar tangkapan warga China selepas terbabit dengan kegiatan judi dalam talian menunjukkan bilangan yang terlalu ramai dan seolah-olah ada pihak ‘memayungi’ pergerakan mereka, dakwa Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya.

“Apakah mereka di bawah ‘payung’ yang sama? Siapakah dalang di sebalik semua ini? Apakah mereka ini miliki kad pengenalan palsu untuk tinggal dengan selesa dan mewah di Malaysia? Apakah pihak yang ‘memayungi’ mereka ini ada kaitan dengan sindiket kad pengenalan palsu juga?

“Jika benar sangkaan ini, maka kerisauan rakyat akan kebanjiran warga asing di Malaysia sangat berasas. Melihat kaitan ini, desakan rakyat bagi menukar kad pengenalan baharu melalui petisyen adalah sangat tepat dan wajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Haji Aminuddin turut mempersoalkan kewajaran warga China bermewah mengaut dan menikmati wang haram melalui sindiket sebegini apabila kehadiran mereka di negara ini tidak diundang.

“Tahniah Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen membanteras sindiket-sindiket ini. Namun, kita mahukan penyelesaian yang lebih konkrit di akar permasalahan bagi menghapuskan sindiket sebegini selama-lamanya,” katanya.

Pada 28 April lalu, seramai 30 individu warga China ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan judi dalam talian di sebuah unit kondominium di Bandar Mahkota Cheras, Kajang.

Sindiket itu menjalankan aktiviti promosi judi dalam talian yang berpusat di Malaysia dengan menggunakan lawan web www.npro11.com dan menyasarkan mangsa dari China.

Antara perjudian ditawarkan termasuk saham menggunakan mata wang asing dan segala pesanan ringkas untuk kumpulan ini berhubung menggunakan aplikasi Wechat yang dihantar menggunakan talian telefon ke negara China.

Sehari selepas itu, polis turut menahan 44 warga China termasuk lapan wanita selepas menyerbu empat rumah banglo dipercayai menjadi lokasi aktiviti perjudian dalam talian, di Nilai, Negeri Sembilan.

Menerusi serbuan bermula jam 12.30 tengah hari kelmarin, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menahan semua suspek berusia antara 18 hingga 45 tahun.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close