Berita Utama

Penjawat awam nadi, tulang belakang negara: KSN

COVID-19 ubah paradigma baharu dari segi budaya kerja, norma sosial

KUALA LUMPUR, 8 Ramadan 1441H, Jumaat – Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada rakyat Malaysia terutamanya penjawat awam.

Beliau berkata penjawat awam merupakan nadi dan tulang belakang negara.

“Wabak #Covid-19 telah merubah paradigma baharu dari segi budaya kerja dan norma sosial masyarakat.

Namun produktiviti terus diutamakan demi kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya dalam entri terkini di laman media sosial rasmi beliau sempena Hari Pekerja, hari ini.

Terdapat kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini, termasuk petugas barisan hadapan seperti tenaga kerja kesihatan dan keselamatan yang kini bertungkus lumus memerangi penularan wabak COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button