Berita Utama

PKP: Jakim laksana prosedur pensijilan halal secara ‘online’

Aplikasi MYeHALAL dibangunkan selepas kerajaan kuat kuasa PKP

BANGI, 8 Ramadan 1441H, Jumaat – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil pendekatan melaksanakan prosedur pensijilan halal Malaysia secara atas talian menerusi aplikasi MYeHALAL.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pelaksanaan prosedur pensijilan halal itu telah dibangunkan susulan pandemik COVID-19 yang membawa kepada penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, tempoh PKP akan memberi kesan terhadap proses pensijilan halal Malaysia, bahkan memberi impak kepada keseluruhan aktiviti sosioekonomi masyarakat seluruh dunia.

“Jakim ingin memaklumkan mengenai pelaksanaan prosedur pensijilan halal Malaysia sepanjang tempoh pandemik COVID-19 yang telah dibangunkan oleh Jakim dan dipersetujui oleh Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

“Menerusi sistem ini, proses permohonan sijil, pembayaran fi, pengauditan lapangan dan pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dapat dilakukan dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, inisiatif itu telah dilaksanakan oleh Jakim dalam menangani situasi yang terbatas sepanjang tempoh PKP berlangsung dengan membangunkan prosedur operasi standard (SOP) sebagai panduan dalam pelaksanaan operasi pensijilan halal Malaysia.

“Sehingga 27 April 2020, terdapat sebanyak 2,097 permohonan yang telah diterima oleh Jakim,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button