Berita Utama

PKPB: Awas! Anda semua dipantau

Sebahagian sekatan jalan raya dirombak, dialihkan ke lokasi strategik

KUALA LUMPUR, 8 Ramadan 1441H, Jumaat – Sebahagian lokasi sekatan jalan raya di seluruh negara akan diatur semula ke lokasi lebih strategik, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, ia susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Sebahagian sekatan jalan raya ini akan dirombak dan dialihkan ke lokasi strategik termasuk bagi menyekat (kemasukan) pendatang tanpa izin,” katanya ringkas kepada Bernama.

Abdul Hamid turut berkata pasukan pemantau akan ditambah bagi memastikan orang ramai mematuhi jarakan sosial.

Terdahulu, Muhyiddin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja berkata sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Antaranya, restoran dibenar beroperasi dengan mematuhi SOP perniagaan, aktiviti sukan outdoor (luar) seperti bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton, jogging, kayuhan basikal, golf dan larian tidak melebihi 10 orang dibenarkan dengan syarat mengamalkan penjarakan sosial. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close