Berita Utama

Polis Johor tangkap 31 lagi individu ingkar PKP

Sentiasa berada di rumah untuk kurangkan penularan COVID-19

BANGI, 8 Ramadan 1441H, Jumaat – Seramai 31 individu ditangkap di negeri Johor semalam, kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat yang bermula 28 April sehingga 12 Mei ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat 18 Mac sehingga semalam, seramai 3,503 individu di negeri berkenaan telah ditangkap atas kesalahan sama.

Beliau berkata, kesemua tangkapan disiasat dan didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan di bawah Peraturan (3) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan) 2020.

“Bermulanya fasa keempat PKP ini, polis Johor akan terus mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana orang yang ingkar dan tidak mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

“Justeru, polis Johor mengharapkan kerjasama dari setiap lapisan masyarakat supaya sentiasa berada di rumah dan mematuhi setiap arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan agar dapat mengurangkan penularan wabak COVID-19.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi hotline polis Johor di talian 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close