Berita Utama

Baki 8 daerah zon merah

Jumlah zon merah menurun berbanding 30 sebelum ini seluruh Malaysia

PUTRAJAYA, 9 Ramadan 1441H, Sabtu – Jumlah daerah berkategori zon merah di negara ini susulan wabak COVID-19 mencatatkan penurunan kepada lapan daerah, berbanding 30 sebelum ini di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pada masa sama, zon hijau meningkat kepada 91 kawasan, manakala Zon Kuning pula membabitkan 58 kawasan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa lapan zon merah yang terbabit di Semenanjung adalah Lembah Pantai dengan 258 kes aktif, Kepong (84), Titiwangsa (74), Hulu Langat (50), Johor Bahru (46) dan Kluang (70), lapor Berita Harian.

Pada masa sama, terdapat dua kawasan di Sarawak yang masih dikategorikan zon merah iaitu di Kuching dengan rekod 143 kes aktif serta Kota Samarahan sebanyak 54 kes aktif.

Selain itu, kawasan yang dahulunya dikategorikan sebagai zon merah, yang kini dilihat beransur pulih akan ditukarkan ke zon kuning berikutan pengurangan jumlah pesakit aktif COVID-19 di kawasan masing-masing.

Sehingga kini, empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan kini sudah bebas dari kawasan penularan COVID-19 dan dikategorikan sebagai zon hijau selepas tidak lagi mencatatkan kes aktif di semua daerahnya.

Malaysia kini mencatatkan sebanyak 6,071 kes COVID-19 dan daripada jumlah berkenaan sebanyak 1,758 kes yang masih aktif. Setakat ini, negara ini sudah mencatatkan sebanyak 103 kematian disebabkan virus berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close