Berita UtamaIstimewa

Hantar pulang lambakan warga China ke negara asal

Keselamatan, kedaulatan negara agenda penting tak boleh dikompromi

BANGI, 9 Ramadan 1441H, Sabtu – Warga China yang tiada rekod keluar di negara ini mesti segera dihantar pulang ke negara asal mereka, gesa Naib Presiden Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.

Tegasnya, pemartabatan keselamatan dan kedaulatan negara adalah agenda penting yang tidak boleh dikompromi dengan sesiapa jua.

“Satu demi satu rahsia kebanjiran warga Tanah Besar China akan dibongkar dan terbongkar. Jenayah dan penipuan besar-besaran yang dirancang secara sistematik ini mesti terus diselongkar

“Tak mustahil industri judi, industri seks, industri gangsterism, pembinaan projek-projek syarikat besar China dan pelbagai lagi menjadi tempat mereka beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada 28 April lalu, seramai 30 individu warga China ditahan selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan judi dalam talian di sebuah unit kondominium di Bandar Mahkota Cheras, Kajang.

Sindiket itu menjalankan aktiviti promosi judi dalam talian yang berpusat di Malaysia dengan menggunakan lawan web www.npro11.com dan menyasarkan mangsa dari China.

Antara perjudian ditawarkan termasuk saham menggunakan mata wang asing dan segala pesanan ringkas untuk kumpulan ini berhubung menggunakan aplikasi Wechat yang dihantar menggunakan talian telefon ke negara China.

Sehari selepas itu, polis menahan 44 warga China termasuk lapan wanita selepas menyerbu empat rumah banglo dipercayai menjadi lokasi aktiviti perjudian dalam talian, di Nilai, Negeri Sembilan.

Menerusi serbuan bermula jam 12.30 tengah hari, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menahan semua suspek berusia antara 18 hingga 45 tahun.

Sebelum ini, negara pernah dikejutkan dengan penangkapan 680 warga China yang aktif menjalankan aktiviti sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar di Cyberjaya.

Kemudian, 87 lagi ditahan di beberapa unit kondominium di sekitar Setiawalk, Puchong juga menjalankan skim pelaburan dan perjudian dalam talian.

Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu.

Menurut laporan itu sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close