Berita Utama

iGuru rayu sumbangan bantu B40

Sasar kutipan RM20,000 ringankan derita rakyat di bulan Ramadan

BANGI, 9 Ramadan 1441H, Sabtu – Atas dasar prihatin, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menjalinkan kerjasama dengan Yayasan Ikhlas melaksanakan program Bakul Kasih Ramadan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pertubuhan itu menyasarkan 100 keluarga dengan nilai sumbangan RM200 berbentuk barangan keperluan asas dan wang tunai.

“Sasaran kutipan ialah RM 20,000. Sebanyak 2,000 lot diperlukan bagi meringankan derita mereka di bulan Ramadan ini tatkala COVID-29 melanda.

“Sejak Malaysia mengumumkan PKP sempena isu wabak COVID-19 yang lalu, ramai rakyat terkesan secara langsung terutamanya golongan B40.

“Ketika kita sedang panik membuat belian barang asas, ada ramai yang sebenarnya tidak mampu untuk berbuat demikian kerana kekangan ekonomi. Ada yang diberi cuti tanpa gaji, ada yang tidak mendapat hasil jualan kerana terpaksa tutup perniagaan,” kata iGuru.

Orang ramai boleh menyumbang mengikut jumlah lot seperti satu lot (RM10); dua lot (RM 20); lima lot (RM 50); dan 10 lot (RM 100) iaitu jumlah maksimum untuk satu transaksi.

Sumbangan boleh dihulurkan menerusi akaun Maybank Islamic Yayasan Ikhlas 5628 3463 6228 dengan memasukkan rujukan BKRIGURU atau melalui pautan bit.ly/BKRYIIGURU.

Dianggarkan lebih kurang 40 peratus rakyat Malaysia tergolong dalam kategori B40 dan ada dalam kalangan mereka hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button