Berita Utama

Indonesia catat 31 lagi kematian

Sebanyak 22,545 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan

JAKARTA, 9 Ramadan 1441H, Sabtu – Indonesia mencatatkan 31 lagi kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan angka korban akibat COVID-19 di republik itu kini meningkat kepada 831 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, kes positif virus itu juga meningkat kepada 10,843 kes, iaitu tambahan 292 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam.

“Ketika ini, sebanyak 22,545 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan virus itu,” katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 392 kes diikuti Jawa Timur (106), Jawa Tengah (84) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button