Berita Utama

Ini SOP untuk taska beroperasi

Kakitangan, kanak-kanak ada kontak dengan pesakit COVID-19 tak boleh ke taska

KUALA LUMPUR, 9 Ramadan 1441H, Sabtu – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh semua jenis taman asuhan kanak-kanak atau taska yang dibenarkan beroperasi pada 4 Mei ini.

Pada masa sama, taska yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), ia sama sekali tidak dibenarkan beroperasi.

Berikut adalah garis panduan yang perlu dipatuhi pemilik dan pihak pengurusan taska:

Waktu Operasi:
Operasi biasa –
7 pagi hingga 6 petang

Operasi bersyif:
7 pagi hingga 3 petang
3 petang hingga 11 malam
11 pagi hingga 7 petang

Waktu kehadiran pelanggan:
8 jam

Kapasiti pekerja:
100 peratus

Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (sebelum membuka operasi)

• Pengusaha, guru dan kakitangan perlu bebas daripada wabak COVID-19.
• Premis taska mesti dibersihkan dan dinyahkuman.
• Guru dan kakitangan taska perlu diberi latihan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan, serta pelaksanaan aktiviti.
• Ibu bapa/penjaga, guru, kakitangan, dan kanak-kanak perlu mengisi Borang Pengisytiharan Kesihatan sebelum taska mula beroperasi.

Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (semasa operasi)
• Kakitangan atau kanak-kanak yang menunjukkan gejala dilarang daripada berada di taska dan perlu diasingkan untuk dirujuk bagi nasihat perubatan.
• Kakitangan/ kanak-kanak yang pernah menjadi kontak rapat dengan orang disahkan positif COVID-19 atau baru pulang dari luar negara tidak dibenarkan hadir ke taska dalam tempoh 14 hari.
• Melaksanakan saringan sebelum masuk/ semasa berada/ sebelum balik setiap hari bagi mengesan gejala berkaitan Covid-19 seperti demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
• Kakitangan atau kanak-kanak yang mempunyai suhu badan 37.5° Celsius ke atas dilarang berada di taska.
• Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska setiap hari sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari.
• Pengusaha hendaklah menyediakan hand sanitizer.
• Meletakkan label penjarakan sosial seperti tanda jarak satu meter di lantai khususnya di ruang makan, ruang tidur dan ruang membasuh tangan.
• Penggunaan face mask dalam kalangan kakitangan sepanjang masa berada di taska.
• Melatih kanak-kanak taska kepentingan menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan dan menjaga jarak sosial.

Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 (selepas operasi)
• Menjalankan proses sanitasi dan pembasmian kuman di taska.
• Memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk memandikan kanak-kanak terlebih dahulu dan mengelakkan kontak terus dengan warga emas di rumah setelah balik dari taska.

Langkah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat warga dalam Taska disahkan positif COVID-19
• Menutup taska serta-merta.
• Berhubung dengan Pejabat Kesihatan berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
• Melakukan disinfeksi mengikut panduan yang ditetapkan oleh KKM.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close