Berita UtamaDunia

Dokumentari derita rakyat Palestin menang anugerah di Festival Filem Berlin

Pengarah bersama No Other Land gesa Jerman ubah dasar terhadap Gaza

BERLIN, 16 Syaaban 1445H, Isnin – Sebuah filem mengenai keganasan penceroboh haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki memenangi anugerah dokumentari terbaik di Festival Filem Berlin.

Pengarah bersama No Other Land, Basel Adra mengucapkan terima kasih kepada juri dan festival sekali gus menggesa Jerman untuk mengubah dasarnya terhadap Israel dan Gaza.

“Saya di sini meraikan anugerah itu, tetapi sangat sukar untuk saya meraikan apabila terdapat berpuluh-puluh ribu rakyat saya disembelih, dibunuh oleh Israel di Gaza.

“Saya meminta kepada Jerman, kerana saya kini berada di Berlin, untuk menghormati panggilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan berhenti menghantar senjata ke Israel,” katanya yang menerima tepukan gemuruh daripada penonton di Berlinale Palast.

No Other Land adalah produksi Palestin-Israel, dengan Basel Adra dan wartawan Israel, Yuval Abraham bertindak sebagai pengarah bersama.

Ia menunjukkan bagaimana penduduk Palestin dipindahkan dari sebuah kampung di Tebing Barat di tengah-tengah keganasan penceroboh haram dan serangan tentera Israel.

Filem itu menceritakan bagaimana seorang aktivis muda Palestin, Basel Adra, mendokumentasikan perobohan beransur-ansur kampung di wilayah asalnya oleh tentera Israel.

Selain itu, filem dokumentari mengenai kehidupan dan perjuangan menentang pendudukan dan dasar pengusiran Israel juga memenangi Anugerah Penonton Panorama Berlinale.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button