Berita Utama

Mahkamah masih tutup

Kes sivil serta jenayah di tangguh, tarikh baru akan dimaklumkan

PUTRAJAYA, 9 Ramadan 1441H, Sabtu – Premis Mahkamah masih lagi ditutup dan tidak beroperasi sehingga mendapat arahan kerajaan, berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mengikut kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) hari ini, panduan pengendalian kes adalah sama seperti yang diumumkan pada 17 Mac lepas, 26 Mac, 2 April dan 24 April.

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh pada 17 Mac lepas telah memaklumkan mahkamah di seluruh negara ditutup dan perbicaraan pendengaran kes sivil serta jenayah juga ditangguhkan, dan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.

Beliau bagaimanapun berkata, permohonan untuk tahanan reman dan pendaftaran kes baru dan urusan jamin dijalankan seperti biasa.

Menurut Ahmad Terrirudin, pengurusan kes sivil secara ‘e-Review’ akan terus dijalankan seperti biasa, secara dalam talian manakala pengurusan kes sivil secara manual akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu.

Menurut kenyataan PKPMP pada 26 March lalu, bagi memastikan akses kepada keadilan semasa tempoh lanjutan pelaksanaan PKP, pihak dalam kes sivil boleh memohon kepada mahkamah untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian.

Pada April 23, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh PKP dilanjutkan selama dua minggu sehingga 12 Mei untuk membendung penularan wabak COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close