Berita Utama

Netizen kecam Saravanan buat ucapan Hari Pekerja bahasa Tamil

Menteri Malaysia atau India, tak boleh cakap bahasa kebangsaan?

BANGI, 9 Ramadan 1441H, Sabtu – Menteri Sumber Manusia, M Saravanan sekali lagi menerima kecaman daripada netizen, gara-gara memberi ucapan dalam bahasa Tamil ketika sambutan Hari Pekerja semalam.

Menerusi ucapan yang disiarkan di halaman rasmi Facebook Bernama TV, rata-rata netizen mempertikai tindakan Saravanan, selain menyindir sekiranya beliau adalah pemimpin kepada kerajaan India.

Seorang pengguna Facebook, Mohd Shukri mempersoalkan sekiranya Saravanan tidak boleh berucap dalam bahasa Melayu.

“Menteri Malaysia atau India ni? Tak boleh cakap dalam bahasa kebangsaan ke?,” soalnya.

“Menteri negara India ke ni?,” sindir Chad Syazwan pula.

Turut berpendapat sama Artz Lan Azlan dalam tulisannya: “Ini ucapan menteri dari negara India, bukan Malaysia ni”.

Pada masa sama, pengguna dikenali Ouh Medai pula berkata: “Apabila bangsa tiada identiti Malaysia inilah jadinya. Ingat ini Malaysia, jadi gunalah bahasa Malaysia. Ini ucapan untuk India Malaysia atau India pendatanga dari negara India?” soalnya.

Bukan itu sahaja, pengguna kaum Cina turut menempelak tindakan Saravanan yang seolah-olah tidak menghormati bahasa kebangsaan.

“Is this minister for India or Malaysia? (Adakah ini menteri bagi negara India atau Malaysia?). Tak tahu cakap bahasa kebangsaankah?,” soal Seng Kim Chew.

Sementara itu, majoriti rakyat Malaysia menggesa Saravanan supaya mengutamakan bahasa Melayu dalam ucapannya.

Pengguna Sallehuddin AbdulKarim dalam tulisannya berkata, menteri berkenaan perlu memberi ucapan dalam bahasa Melayu tidak kira apa jua asal-usul kaumnya.

“Guna bahasa Melayu la. Tak kisahlah kau nak sampaikan ke kaum apa sekalipun. Ini Malaysia tanah bertuah Melayu,” tegasnya.

Selain itu, Asri Asri Mat pula: “Gunalah bahasa kebangsaan. Apa bahasa Melayu ni kolot sangat ke. Sudah diberi jawatan buat hal pula.

“Kerajaan Perikatan Nasional tidak boleh pandang ringan je. Macam mana nak memartabatkan bahasa Melayu macam ni. Inilah kalau rakyat bising kau tidak suka. Jangan sampai nanti rakyat sudah tidak suka lain pula jadinya,” katanya.

Malah, pengguna Haji Kasim bin Osman menegaskan bahawa syarat menjadi warganegara Malaysia perlu bertutur bahasa Melayu.

“Cakaplah Melayu, YB. Kumpulan sasaran YB itu semuanya boleh faham bahasa Melayu, kan? Mereka bukan warganegara India. Kecuali YB nak beritahu kepada warganegara India,” perlinya.

Hazwan Mustafa pula berkata, beliau tidak menentang bahasa Tamil, sebaliknya mahu menteri berkenaan menggunakan bahasa kebangsaan dalam ucapannya.

“Sebab anda menteri kepada semua,” katanya.

Fahmey Halid pula: “Benda rasmi tak perlu dwibahasa. Sumber manusia melibatkan semua rakyat Malaysia berbilang kaum. Kalau nak cakap Tamil bagi ucapan Deepavali bolehlah,” tempelaknya.

Terdahulu, Saravanan turut dikecam netizen selepas tular poster beliau memberikan ucapan ulang tahun ke-74 kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), di mana selain teks bahasa Melayu, poster itu juga mengandungi ucapan dalam bahasa Tamil.

Rata-rata netizen menganggap Saravanan bersikap seperti pemimpin kerajaan lama Pakatan Harapan (PH).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

5 Comments

  1. Apa pasal nama saya ada dlm gmbr???knp tidak minta izin saya dahulu sblm naikkan nama dan komen saya???ni melanggar hak saya…harap editor padam nama saya…..

    1. Assalamualaikum Tuan,
      Pihak Editorial memohon maaf atas kesilapan dan khilaf kami menyiarkan nama tuan tanpa kebenaran di portal pada 2 Mei 2020 bersamaan hari Sabtu lalu. Atas permintaan tuan, komen tuan sudah dipadam.

      Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button