Berita Utama

Patuhi SOP jika risau PKPB

Kerajaan buat keputusan secara kolektif ikut nasihat KKM

BAGAN SERAI, 9 Ramadan 1441H, Sabtu – Kebimbangan dan kerisauan rakyat terhadap risiko penularan wabak COVID-19 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyaksikan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenar beroperasi Isnin ini adalah sesuatu yang positif.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, keadaan itu jelas menunjukkan rakyat prihatin dengan situasi semasa dan sekali gus akan memastikan mereka mengambil langkah-langkah wajar untuk mengelakkan jangkitan.

“Apabila rakyat bimbang mereka sewajarnya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan kerajaan, misalnya kalau makan di kedai makan tidak boleh ramai dan jaga penjarakan (sosial),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan juadah berbuka puasa sempena Iftar Ramadan Drive True di sini, hari ini.

Dr Noor Azmi yang juga, Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, pengumuman mengenai PKPB yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bertujuan menjamin kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara.

“Kerajaan membuat keputusan secara kolektif dalam Jemaah Menteri atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyelamatkan ekonomi negara dan menjaga kesihatan rakyat,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close