Berita Utama

PKP masih dilaksana, tindakan diambil jika ingkar

PKPB berdasarkan kriteria kepentingan kesihatan, rangsang ekonomi negara

PUTRAJAYA, 9 Ramadan 1441H, Sabtu – Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedia ada masih tetap dilaksanakan, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperkenalkan Isnin ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, Akta 342 berkuatkuasa sepanjang tempoh PKPB yang akan bermula 4 Mei ini, dan tindakan akan diambil kepada mereka yang ingkar.

“PKPB yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah berdasarkan dua kriteria utama, iaitu kepentingan kesihatan dan keperluan merangsang ekonomi negara.

“… tetapi tetap tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Perlu diingatkan bahawa PKP masih terus dilaksanakan, bukan bermakna PKPB tidak ada akta lagi yang menuntut rakyat untuk patuh kepada setiap arahan,” katanya pada sidang media harian di sini hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button