Berita Utama

Sarawak tidak laksana PKPB

Buka semula kegiatan, sektor ekonomi sesuai dengan keadaan negeri

KUCHING, 9 Ramadan 1441H, Sabtu – Sarawak memutuskan tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan membuka semula aktiviti dan sektor ekonomi tertentu Isnin ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC), Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini berkata, keputusan di bawah tiga fasa terakhir MCO akan dikekalkan sehingga kajian kerajaan negeri mengenai implikasi pembukaan semula kegiatan ekonomi selesai.

“Dengan mengambil kira keadaan di Sarawak dari segi kes COVID-19, kemampuan logistik, kemampuan Jabatan Kesihatan dan keadaan geografi, SDMC mendapati kebanyakan standard pematuhan pembukaan semula kegiatan ekonomi tidak kondusif di negeri ini,” katanya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak berkata, SDMC perlu memastikan pembukaan semula kegiatan dan sektor ekonomi sesuai dengan keadaan negeri dan pembukaan semula kegiatan ekonomi akan diumumkan secara berperingkat setelah setiap perincian prosedur operasi standard dan garis panduan diteliti.

“Selain itu, pihak yang telah mendapat kelulusan MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) semasa PKP 4, mereka perlu mendapatkan kelulusan kerajaan negeri melalui SDMC untuk diteliti permohonan mereka sebelum dibenarkan beroperasi,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close