Berita Utama

122 kes baharu, dua kematian

27 kes dirawat di ICU, 13 kes perlu bantuan pernafasan

PUTRAJAYA, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Kes baharu positif COVID-19 hari ini meningkat 17 kes berbanding semalam kepada 122 kes setakat pukul 12 tengah hari, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,298 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 52 adalah kes import manakala 70 lagi merupakan kes penularan tempatan.

“Sehingga kini, 27 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis Kebangsaan (CPRC), terdapat pertambahan dua lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 105 kes,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,780 kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close