Berita UtamaDunia

2,500 banduan, 175 kakitangan penjara AS positif COVID-19

Sel sesak, kurang pegawai perubatan dan alat perlindungan diri

WASHINGTON, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Gelombang besar jangkitan COVID-19 yang merebak ke 184 negara kini sedang mengancam 2.3 juta populasi penjara di Amerika Syarikat (AS).

Hampir 2,500 banduan, 175 kakitangan penjara disahkan positif COVID-19 di sebuah penjara di Marion, Ohio.

Susulan kes kematian yang semakin meningkat, pegawai mampun untuk penjarakan sosial berikutan sel yang sesak serta berdepan masalah kekurangan pegawai perubatan dan peralatan perlindungan diri.

Malah, penularan wabak dalam kalangan pegawai penjara menyebabkan keadaan semakin sukar untuk ditangani.

Minggu lalu, menyaksikan kematian seorang wanita mengandung Andrea Circle Bear, 30, yang di masukkan ke dalam sebuah penjara persekutuan Texas atas kesalahan kes dadah pada Mac lalu.

Mangsa jatuh sakit akibat jangkitan COVID-19 sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sebelum bersalin secara pembedahan dan meninggal dunia, beberapa minggu kemudian.

Rusuhan tercetus di penjara di Washington dan Kansas susulan kekurangan perlindungan serta tindak balas lambat oleh pihak berkuasa penjara.

Khamis lalu, Biro Penjara persekutuan melaporkan tiga kematian di penjara Pulau Terminal, dekat Los Angeles, di mana 60 peratus daripada kira-kira 1,050 banduan didapati positif COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close