Berita Utama

Berita palsu hari ini

KUALA LUMPUR, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) malam ini.

1. Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan YAB Perdana Menteri akan berucap secara langsung pada malam ini seperti yang tular dalam media sosial.

2. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan dakwaan bahawa pegawai penguatkuasanya dibayar oleh warga asing untuk meneruskan aktiviti penjajaan di Pasar Harian Selayang. DBKL menjelaskan video tular berhubung kegiatan penjajaan tanpa lesen oleh warga asing di sekitar pasar tersebut adalah video lama berniat untuk menjejaskan reputasi DBKL. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close