Berita Utama

Boleh muat turun MyTrace kesan kontak rapat COVID-19

Data akan disimpan dalam telefon pengguna selama 21 hari

BANGI, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjaya membangunkan aplikasi MyTrace, sebagai salah satu inisiatif untuk menangani penularan wabak COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, MyTrace adalah sebuah aplikasi pengesanan kontak rapat melengkapi aplikasi MySejahtera yang dilancarkan sebelum ini.

Beliau berkata, pengguna yang memuat turun aplikasi MyTrace di telefon pintar mereka akan dapat mengesan gelombang Bluetooh dari telefon pintar pengguna MyTrace yang lain.

“Data kontak rapat ini akan disimpan dalam telefon pengguna MyTrace selama 21 hari.

“Maklumat ini dirahsiakan (anonymised) dan sebarang maklumat geo-lokasi tidak dikumpul,” katanya.

Jelas beliau, sekiranya seorang pengguna MyTrace didapati positif COVID-19, data yang terdapat dari telefon beliau akan digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menghubungi pengguna lain, yang telah mengadakan kontak rapat dengan pengguna berkenaan bagi tindakan lanjut.

Beliau berkata, pelaksanaan MyTrace hanya akan berjaya sekiranya ramai penduduk Malaysia menggunakan aplikasi berkenaan.

“Saya merayu kepada semua untuk menggunakan MyTrace. Hanya dengan ‘mass adoption’, kita boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 melalui MyTrace,” katanya.

Bagi pengguna Android, MyTrace boleh dimuat turun sekarang di Google Play Store https://play.google.com/store/apps/details

Selain itu, bagi pengguna Iphone, aplikasi berkenaan hanya boleh dimuat turun dari Apple App Store tidak lama lagi.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close