Berita Utama

COVID-19: Sidang Parlimen wajar kekal hanya sehari

Ia penting bagi mengurangkan risiko akibat jangkitan COVID-19

KUALA LUMPUR, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Persidangan Parlimen yang dijadualkan 18 Mei ini wajar dikekalkan hanya satu hari sahaja bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan keputusan tersebut mengambil kira pendirian kerajaan bahawa sebarang bentuk perhimpunan ramai masih belum sesuai diadakan pada masa ini.

Sehubungan dengan itu, susunan kedudukan Ahli-Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat juga akan diubah suai untuk mengamalkan penjarakan sosial.

“Ini bagi menjamin semua ahli Dewan dapat mengambil bahagian dalam ruang lingkup prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya.

Katanya, kerajaan turut bersetuju mengemukakan beberapa Rang Undang-Undang yang berkaitan bagi dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang pada Julai nanti, berikutan kesan yang dialami oleh rakyat perseorangan, peniaga dan juga syarikat perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close