Berita Utama

Isu pendatang: Hormati undang-undang negara ini

Langkah tangkap PATI berdasarkan perundangan demi melindungi kepentingan negara

PUTRAJAYA, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Langkah kerajaan melakukan operasi tangkapan pendatang tanpa izin di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah berdasarkan undang-undang sedia ada dan demi melindungi kepentingan negara.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menegaskan perkara itu berkata, sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia mempunyai kuasa untuk melaksanakan tindakan tersebut dan semua pihak harus menghormati undang-undang negara ini.

“Keputusan menjaga kepentingan negara kita adalah hak kita dan kita laksanakan ini berdasarkan undang-undang yang ada,” katanya dalam sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button