Berita Utama

Kaunter JPN operasi secara janji temu mulai Isnin

Operasi kaunter urus niaga dibuka setiap hari bekerja

PUTRAJAYA, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Operasi kaunter pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai esok adalah secara janji temu.

Menurut kenyataan JPN hari ini, hanya pelanggan yang mempunyai janji temu dibenarkan berurusan.

“Untuk penetapan janji temu, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03-88807077 atau 03-88808076 atau e-mel ke [email protected],” katanya.

Operasi kaunter urus niaga pejabat JPN dibuka setiap hari bekerja secara janji temu bermula esok sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara, kata kenyataan itu. – Bernama

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close