Berita Utama

Kes COVID-19 di Indonesia kini 11,192

14 lagi kematian direkod dalam tempoh 24 jam

JAKARTA, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Sebanyak 14 lagi kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 845 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata, kes positif virus itu juga meningkat kepada 11,192 kes iaitu tambahan 349 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

“Ketika ini, sebanyak 23,130 pesakit masih lagi berada dalam pengawasan virus itu,” katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 398 kes, diikuti Jawa Timur (111), Jawa Tengah (85) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button