Berita Utama

Lebih 1.2 juta muat turun aplikasi Gerak Malaysia

Perjalanan bermula 7 Mei ikut hari, negeri ditetapkan

KUALA LUMPUR, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Lebih 1.2 juta individu telah memuat turun aplikasi Gerak Malaysia bagi melakukan pergerakan rentas negeri sehingga 12 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada jumlah itu sebanyak 503,276 individu telah memohon permit berkenaan sejak 25 April lepas.

Beliau berkata, orang ramai diminta untuk mengemas kini maklumat terkini menerusi aplikasi itu bagi melancarkan proses pergerakan rentas negeri.

“Aplikasi ini telah dinaik taraf ke versi 2.0 dengan membolehkan orang ramai menetapkan perjalanan yang ingin dilakukan sebelum 6 Mei ini,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, perjalanan boleh dilakukan bermula 7 hingga 10 Mei mengikut hari dan negeri yang telah ditetapkan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close