Berita Utama

MAIWP beri bantuan zakat kecemasan kali kedua

Bantuan akan disalur secara automatik tanpa permohonan baru

BANGI, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersetuju memberikan bantuan zakat kecemasan kali kedua secara automatik kepada penerima tanpa memerlukan permohonan baru dibuat.

MAIWP dalam satu kenyataan berkata, bantuan berkenaan akan diberikan secara automatik kepada mereka yang terjejas pendapatan dan telah menerima zakat kecemasan sebelum 30 April lalu.

Menurut MAIWP, bantuan itu akan disalurkan secara berperingkat bermula pada awal Mei dan penerima akan menerimanya sebelum Hari Raya Aidilfitri.

“Bantuan ini pada asalnya berbentuk one-off dan hanya diberikan sekali sahaja.

“Bagaimanapun, prihatin dengan situasi semasa dan PKP yang telah disambung buat fasa ke-4, maka bantuan ini akan disalurkan sekali lagi tanpa memerlukan permohonan baru dibuat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

April lalu, MAIWP membuka permohonan bantuan zakat kecemasan kepada golongan terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan PKP di Wilayah Persekutuan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button