Berita Utama

Maksimum 4 orang dibenarkan dalam kenderaan persendirian

Dengan syarat mestilah datang dari rumah atau keluarga sama

KUALA LUMPUR, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Kerajaan memutuskan untuk membenarkan kenderaan persendirian membawa empat penumpang dengan syarat mestilah dari rumah dan keluarga yang sama, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai esok

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu diberikan berikutan isu jarak sosial tidak timbul dalam kalangan keluarga dan mereka yang tinggal serumah.

“Kerajaan memutuskan membenarkan untuk kenderaan persendirian maksimum empat orang tetapi mesti daripada keluarga yang sama dan rumah yang sama.

“Namun saya percaya ada yang cuba membawa kawan dan jika didapati ingkar, prosedur operasi standard mesti dipatuhi, sesiapa yang melanggarnya akan dikenakan tindakan,” katanya dalam sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini, hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close