Berita UtamaDunia

Palestin desak Israel hentikan polisi kejam terhadap tahanan

Ramai akan mogok lapar protes dasar penahanan pentadbiran

GAZA, 25 Zulhijjah 1443H, Isnin – Penduduk Palestin di Semenanjung Gaza mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan membantah dasar penahanan pentadbiran terhadap tahanan di penjara haram Israel.

Protes itu dianjurkan Barisan Popular bagi Pembebasan Palestin (PFLP) di hadapan ibu pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa di Bandar Gaza, menggesa agar polisi penahanan pentadbiran dihentikan.

Ahli Jawatankuasa Pusat Barisan, Awad Sultan memberitahu, 45 tahanan Barisan membantah dasar penahanan pentadbiran melalui mogok lapar yang juga merupakan langkah bagi menyokong Raed Rayan dan Khalil Awawda yang telah melakukan mogok lapar selama lebih daripada 100 hari.

“Kehidupan kedua-dua tahanan itu berada dalam bahaya dan tindakan segera mesti diambil,” katanya.

Beliau juga menuntut tindak balas nasional terhadap dasar penindasan dan penderaan ini dengan menunjukkan bahawa lebih ramai tahanan akan menyertai mogok dalam tempoh yang akan datang.

Menurut pertubuhan hak asasi manusia Palestin, Israel menahan kira-kira 4,700 tahanan Palestin di dalam penjaranya, termasuk 700 tahanan pentadbiran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button