Berita UtamaPendapat

Pemandu mabuk: Berapa nyawa lagi akan terkorban?

Jangan lihat isu arak sebagai dosa peribadi, tak perlu masuk campur

1. KALI ini seorang anggota polis pula dilaporkan meninggal dunia akibat dilanggar pemandu mabuk. Apa yang menyedihkan insiden sebegini terkadang mengorbankan nyawa yang tidak bersalah. Berapa banyak nyawa lagi yang harus dikorbankan sebelum kita mengambil tindakan tegas berhubung perkara yang melibatkan arak?

2. Satu tindakan tegas mestilah dilaksanakan bagi menangani kejadian yang tidak dingini seperti ini berulang lagi. Sekiranya pemandu tersebut disahkan dibawah pengaruh alkohol, tindakan tegas mestilah dikenakan agar menjadi pengajaran kepada semua. Begitu juga dengan kesalahan yang melibatkan nyawa yang lain.

3. Barangkali prosedur penjualan arak juga perlu diperketatkan. Semua langkah yang dilihat membantu mengawal kemunculan pemabuk di atas jalan mestilah dipertingkatkan supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

4. Ketegasan Umar Abdul Aziz dalam isu ini mesti dijadikan contoh. Umar Abdul Aziz diriwayatkan pernah mengarahkan supaya orang kafir tidak menzahirkan aktiviti arak mereka. al-Imam al-Bayhaqi ketika menghuraikan tentang syarat-syarat ahli zimmah (non Muslim) yang tinggal bersama Muslim, beliau menyebutkan:

كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ: أَلَّا يُظْهِرُوا الْخَمْرَ

“Umar Abdul Aziz pernah menulis surat supaya majlis arak (bagi non Muslim) seharusnya tidak dizahirkan” (tidak diheboh, didedah dan berlaku secara tertutup). (al-Bayhaqi, Ma’rifa al-Sunan wa al-Athar, 13/383).

4. Bahkan, Umar Abdul Aziz dilihat cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import/eksport penjualan arak. Perkara ini direkodkan oleh Ibn Zanjaweh di dalam kitab al-Amwal:
كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَهُوَ عَامِلُهُ عَلَى الْكُوفَةِ: أَنْ «لَا تُحْمَلَ الْخَمْرُ مِنْ رُسْتَاقٍ إِلَى رُسْتَاقٍ.

“Umar Abdul Aziz menulis surat kepada Abdul Hamid ibn Abdul Rahman iaitu Gabenor beliau di Kufah: (kata Umar) Jangan dibawa arak dari satu bandar atau wilayah (rustaq) kepada bandar atau wilayah yang lain.” (Ibn Zanjaweih, al-Amwal, 1/282).

6. Menyedari betapa bahayanya kerosakan arak ini, Rasulullah, para sahabat serta khalifah terdahulu bertindak tegas menanganinya. Jangan pula ada dikalangan kita yang melihatnya sebagai dosa peribadi yang kita tidak perlu masuk campur. Dari perkara peribadi inilah ia merosakkan nyawa orang lain.

7. Jangan juga ada dikalangan pemimpin kita yang menganggap ringan perkara ini sehingga melihat arak ini seumpama orang kafir yang “meminum teh sahaja.” Ini kerana kesan “teh” ini bukan sahaja merosakkan akal, bahkan mengorbankan nyawa Muslim.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close