Berita UtamaDunia

Russia catat 9,623 kes baharu COVID-19 dalam tempoh sehari

Hospital khusus di Moscow mungkin jadi padat berikutan jumlah jangkitan baharu

MOSCOW, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Russia melaporkan 9,623 kes baharu – kenaikan harian tertinggi sejak bermulanya wabak itu – menjadikan jumlah keseluruhan kepada 124,054 setakat ini.

Angka kematian di seluruh negara juga meningkat kepada 1,222 orang selepas 57 lagi terkorban dalam tempoh 24 jam lalu, menurut Pusat Respons Krisis Coronavirus Russia.

Kebimbangan semakin meningkat di Moscow apabila hospital mungkin menjadi padat berikutan jumlah jangkitan baharu yang direkodkan setakat semalam, iaitu 20 peratus lebih banyak daripada Jumaat lalu.

Walaupun telah menguatkuasakan Perintah Berkurung jumlah jangkitan setiap hari membimbangkan di negara-negara besar dunia.

Moscow adalah antara yang paling teruk terjejas, merangkumi 62,600 kes – kira-kira separuh daripada keseluruhan negara.

Rakyat Russia hanya dibenarkan untuk bergerak bebas dan meninggalkan kediaman mereka untuk membeli barangan keperluan, berjalan dengan anjing dan membuang sampah.

Presidennya, Vladimir Putin telah mengarahkan langkah kawalan diperketatkan yang akan berlanjutan sehingga 11 Mei, di mana negara selesai menyambut cuti Hari Pekerja dan Hari Kemenangan.

Walaupun bilangan kes dan kematian agak rendah berbanding Amerika Syarikat, Itali dan Sepanyol, keluk jangkitan di Russia masih belum mencapai dataran tinggi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button