Berita Utama

Terengganu laksana PKPB, tarik balik jika tahap patuh SOP rendah

Mahu selamatkan ekonomi rakyat, negeri yang agak lesu ketika PKP

BANGI, 10 Ramadan 1441H, Ahad – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan diguna pakai bermula 4 Mei ini akan turut dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu penting bagi menyelamatkan ekonomi rakyat dan negeri yang agak lesu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Pada masa sama, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menarik semula kelonggaran sekiranya mendapati tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah rendah dan memberi kesan kepada status kesihatan rakyat.

“Kerajaan Negeri tetap memandang serius akan pelaksanaannya dan terus komited dengan apa sahaja langkah pencegahan, terutama pematuhan yang ketat SOP yang akan dinilai dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Ahmad Samsuri juga menyeru semua pihak terutamanya agensi dan jabatan kerajaan, termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan setiap keluarga untuk melaksanakan kawalan sendiri selain mematuhi SOP yang dikenakan.

“Teruskan juga tingkatkan munajat kepada Allah SWT agar wabak pandemik (COVID-19) ini segera dipulihkan dan kita semua sentiasa dalam perlindungan-Nya,” katanya.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close