Berita Utama

55 kes baharu, tiada kematian

Kes baharu positif turun semula kepada dua angka

PUTRAJAYA, 11 Ramadan 1441H, Isnin – Kes baharu positif COVID-19 hari ini turun semula kepada dua angka dengan mencatatkan 55 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,353 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh pula ialah 71 kes melebihi jumlah kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif sembuh sebanyak 4,484 kes iaitu 70.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Daripada 55 kes baharu yang dilaporkan hari ini, tujuh kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah 48 kes, iaitu 24 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini.

Sementara itu, tiada kematian direkodkan menjadikan kes kematian akibat COVID-19 kekal 105 kes. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button