Berita Utama

6 lokasi jalan tutup sekitar Petaling Jaya dibuka semula

Tolong patuhi PKPB supaya rantaian COVID-19 dapat diputuskan

KUALA LUMPUR, 11 Ramadan 1441H, Isnin – Sebanyak enam lokasi jalan tutup di sekitar kawasan Petaling Jaya akan kembali dibuka esok susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, jalan berkenaan melibatkan Jalan PJS 5/46, Gasing Indah, Jalan Persiaran Mahogani (Seksyen 9) dan Jalan Persiaran Jati (Seksyen 8).

Selain itu, Jalan Persiaran Sungai Buloh (TSB) di Kota Damansara; di lampu isyarat PJU8/1 dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) susur keluar ke Mutiara Damansara.

Beliau berkata, kesemua lokasi jalan tutup itu boleh dilalui orang awam berkuat kuasa pada 12 tengah malam ini (5 April).

“Pembukaan ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan polis mengatur gerak semula petugas barisan hadapan bagi penugasan ‘mobile’ di kawasan tumpuan orang ramai,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai agar mematuhi PKPB supaya rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button