Berita Utama

COVID-19: Jepun lanjut darurat sehingga 31 Mei

Kini miliki lebih 15,000 kes dengan kira-kira 550 kematian

ANKARA, 11 Ramadan 1441H, Isnin – Jepun memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat di seluruh negara sehingga 31 Mei bagi mengekang penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu memetik Kyodo News.

Kerajaan telah memaklumkan kepada Parlimen berhubung rancangan itu selepas mendapat persetujuan panel penasihat pakar perubatan.

Perkara itu mungkin akan diumumkan Perdana Menteri Shinzo Abe hari ini dalam satu sidang media yang dijangka diadakan 6 petang waktu tempatan (0900GMT).

Namun, Jepun dijangka melonggarkan sekatan kegiatan sosial dan ekonomi di beberapa wilayah.

Negara itu sebelum ini mengisytiharkan darurat pada 7 April.

Jepun setakat ini mengesahkan lebih 15,000 kes dengan kira-kira 550 kematian, menurut Kyodo News. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button