Berita Utama

COVID-19: Lapan negara Arab catat peningkatan kes

1,552 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam

ISTANBUL, 11 Ramadan 1441H, Isnin – Arab Saudi mencatatkan lapan lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan 184 orang, kata Kementerian Kesihatan pada Ahad lapor agensi berita Anadolu.

Sebanyak 1,552 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu, menyaksikan jumlah keseluruhan jangkitan ialah 27,011 manakala seramai 4,137 pesakit sembuh.

Di Emiriah Arab Bersatu (UAE), setakat ini seramai 126 orang maut bertambah sebanyak tujuh lagi kematian. Jumlah kes pula melonjak kepada 14,163 dengan 564 kes baharu.

Sementara itu di Kuwait, 38 orang maut dengan lima kematian baharu dicatatkan, jumlah kes meningkat 4,983 manakala pesakit yang pulih mencecah seramai 1,776.

Sebanyak 679 kes lagi dikesan di Qatar menjadikan jumlah keseluruhan 15,551 manakala 1,644 pesakit discaj.

Di Mesir, Kementerian Kesihatan mengatakan 14 lagi orang meninggal dunia, setakat ini berjumlah 429 orang. Negara itu mengesahkan 272 lagi kes menjadikan keseluruhan 6,465.

Setakat ini, di Algeria 463 orang telah menjadi korban wabak COVID-19 dengan empat kematian baharu dilaporkan. Jumlah keseluruhan kes di 4,474 manakala 1,936 pesakit sembuh.

Kementerian Kesihatan Iraq pula melaporkan dua lagi kematian, keseluruhan 97 orang.

Sementara di Maghribi terdapat 4,903 kes manakala 1,438 pesakit pulih. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button