Berita UtamaDunia

India pertingkat operasi banteras pemberontakan di Kashmir

5 anggota keselamatan, 2 pemberontak terbunuh dalam serbuan terbaharu

KASHMIR, 11 Ramadan 1441H, Isnin – Lima anggota pasukan keselamatan dan dua pemberontak terbunuh di Kashmir, dalam satu serbuan oleh pihak tentera serta polis di sebuah rumah di mana pemberontak menahan tebusan, kata para pegawai, semalam.

Lima anggota keselematan dilaporkan memasuki sebuah kediaman di wilayah Barat Laut Handwara pada lewat Sabtu dan ‘berjaya mengasingkan orang awam’, kata satu kenyataan tentera India.

Bagaimanapun, pasukan itu ditembak dari dalam rumah, dan dalam pertempuran berikutnya dua pemberontak serta semua anggota pasukan keselamatan mati, katanya.

Ia tidak menyatakan berapa banyak orang awam yang diselamatkan. Tidak ada kumpulan pemberontak yang segera memberi kenyataan dan tidak ada pengesahan mengenai penawanan tebusan, lapor Al Jazeera.

Seorang pegawai polis berkata, seorang kolonel tentera dan seorang jeneral, bersama seorang pegawai polis dan dua tentera lain cuba menyerbu tempat persembunyian ketika mereka ditembak oleh pemberontak. 

Pegawai itu mengatakan pasukan khas telah dipanggil dan mereka menembak mati dua pemberontak tetapi dua yang lain mungkin berjaya melarikan diri.

India telah meningkatkan operasi membanteras pemberontakan di Kashmir dalam beberapa bulan terakhir walaupun ada perintah berkurung untuk memerangi wabak COVID-19.

Terdapat juga pertempuran hampir setiap hari selama beberapa bulan terakhir di sepanjang perbatasan yang sangat kuat dan bergunung-gunung yang memisahkan Kashmir antara India dan Pakistan. – Agensi

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close