Berita Utama

Amaran hujan lebat, ribut petir di 4 negeri

Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah berdepan cuaca buruk

BANGI, 27 Zulkaedah 1444H, Jumaat – Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 7 petang ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, METMalaysia memaklumkan negeri dijangka berdepan cuaca buruk ialah Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Pahang membabitan kawasan Rompin, manakala di Johor pula ia membabitkan daerah Mersing.

“Bagi Sarawak pula, ia membabitkan daerah Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Marudi) dan Limbang,” katanya.

Kataya, untuk negeri Sabah, kawasan yang dijangka mengalami cuaca itu adalah sekitar Pedalaman (Sipitang dan Tenom), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Telupid dan Beluran).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button