Berita Utama
COVID-19: Jumlah korban seluruh dunia kini cecah 250,134
AS laporkan jumlah korban paling tinggi iaitu 68,387 orang

NEW YORK, 12 Ramadan 1441H, Selasa – Seramai 250,134 orang di seluruh dunia maut akibat COVID-19, menurut data Johns Hopkins University pada Isnin petang, lapor agensi berita Xinhua.
Sementara itu sebanyak 3,571,615 kes dilaporkan di lebih 180 negara dan wilayah.
Amerika Syarikat melaporkan jumlah korban paling ramai iaitu 68,387 orang. Negara lain seperti Sepanyol, Itali, Britain dan Perancis pula masing-masing mencatatkan lebih 20,000 kematian. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.